SUKAN TAHUNAN SKSSJ KALI KE 37 TELAH DIADAKAN PADA 11.3.2010. ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN IALAH 50M, 4x50M, 100M, 200M, 4x100M, 4x200M, LOMPAT TINGGI, MERENJAM LEMBING DAN LONTAR PELURU. MURID-MURID PRA SEKOLAH TURUT MENJAYAKAN HARI SUKAN PADA HARI TERSEBUT. PADA KESELURUHANNYA PASUKAN RUMAH USSAMAH TELAH MENJADI JOHAN KESELURUHAN
Negeri Johor, Dalam Daerah Kota Tinggi Mukim Sedili Besar. Jauhnya Dari Pusat Bandar Kota Tinggi Lebih Kurang 40km. Penubuhan Sekolah Ini Diilhamkan Oleh Tuan Hj Syed Salem Bin Omar, Ketua Kampung Tanjung Lembu Dan Disokong Oleh Tuan Hj Mohd Lazim Bin Akil, Penghulu Mukim Sedili Besar Ketika Itu.
Pada 20 Mei 1956 Dengan Kerjasama Masyarakat Setempat Sekolah Melayu Tanjung Lembu Telah Dibuka. Seramai 56 Orang Murid Pertama Telah Mendaftar. Guru Besar Pertama Ialah Tuan Hj Husin Bin Hj Hassan. Dibantu Oleh Guru Penolong En . Ahmad Bin Hj Zamrin.
Pada Bulan Julai 1956 Nama Sekolah Ini Ditukar Kepada Nama Sekolah Kebangsaan Sri Setia Jaya. Perasmian Sekolah Ini Disempurnakan Pada 10 Ogos 1956 Oleh En Bidin Bin Loging Pegawai Daerah Kota Tinggi. SKSSJ Telah Menyambut Jubli Perak Pada 17 Jun 1981 Yang Dirasmikan Oleh Datuk Idris Bin Hj Tain, Pengarah Pelajaran Johor Ketika Itu. Sekarang SKSSJ Mengandungi 6 Blok Termasuk Bangunan 3 Tingkat , Makmal Komputer Dan Kemudahan Lain Seperti Pusat Akses Internet
No comments:
Post a Comment